Tuesday, December 20, 2011

Song For You,Ibu




kau memberikanku hidup
kau memberikanku kasih sayang
tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
takkan pernah terbalaskan

hangat dalam dekapanmu
memberikan aku kedamaian
eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
takkan pernah terlupakan


reff:
oh ibu terima kasih 
untuk kasih sayang yang tak pernah usai
tulus cintamu takkan mampu
untuk terbalaskan

oh ibu semoga tuhan
memberikan kedamaian dalam hidupmu
putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku


repeat reff
ooohh putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku


p/s: kenapa rindu sangat pada mak di kampung padahal baru blk rumah minggu lepas...?

Sunday, December 18, 2011

a day at KPT

assalamualaikum

masa: 8 pagi - 4 petang
tempat : KPT, Putrajaya
program : *tak ingat nama program
(gaya macam nak tulis minit mesyuarat)

salam semua..entri kali ini adalah tentang program pelajar master yang aku ikuti di KPT.terima kasih pada sahabat yang mengajak aku pergi ke program ni..walaupun pada mula kau ingat gi sana tuk tolong buat antropo (yang mana salah sekali) tapi banyak bende yang aku blaja weh..

1st - aku blaja nak setting alat untuk tengok kolesterol dengan glucose dalam darah
time program dekat kg baharu dulu tu,aku langsung tak pandang langsung benda alah tu (yelah, dah aku nervous nak kasik ceramah depan orang ramai.mana nak kisah dah benda lain).dekat KPT ni barulah aku belajar camne nak setting.itu pun atas tunjuk ajar sorang ex-student biomed UPM yang datang tolong kakak master ni.

2nd-as usual blaja komunikasi dengan komuniti
ingat amik bp orang tak payah cakap ke?sangat perlu beramah mesra dengan mereka walaupun ada yang pertikaikan kenapa kena tunggu turn..erkk..tak lojik ke tunggu turn?(''dekat bank pun acik kena tunggu turn jugak kan..kan..)


aku berjaya juga belajar tentang focus group discussion belaku.kalau dulu dalam kelas cuma belajar sahaja tentang itu,tapi di sini aku sendiri terlibat dalam fgd ini..sangat awesome.
lepas usai sesi antropometri dengan participant semua, kami sempat berbual dengan ex-UPM  student tersebut.katanya kos kami lebih menarik daripada kos yang dia amik sewaktu undergrad dahulu kerana bagi dia, involving community lebih syok daripada membuat kerja-kerja lab.sebab ape?sebab dia kata,cakap dengan orang akan ada feedback tapi cakap dengan sel tak ada feedback.sampai satu tahap dia kata dia berjaya mengkontaminasikan sel dia dengan air liurnya dan selepas itu dia berhenti kerja dan sekarang dia berjaya buka sebuah pusat tuisyen sendiri..and lastly dia kata yang kos kami ini sangat senang nak cari kerja samada di private sector mahupun di goverment sector.
moral of the story dekat sini --->kerjaya kita terletak pada minat kita sendiri



sangat mesra alam tempat ini

ok..itu saja untuk entri ini...

salam


A Visit

assalamualaikum

selamat hari ahad semua.entri hari ini adalah berkenaan dengan visit aku ke sebuah U untuk menghadiri ''Career Day'' yang entah ke mana..datang-datang ke sana dengan kecewanya kami pulang kerana event tersebut seperti lenyap dek zaman.walaupun hati kami remuk seperti dilanggar kereta ferrari  tapi kami gembira kerana berpeluang berjumpa dengan teman sesukma kami iaitu kak im.mimi kami tidak berkesempatan untuk berjumap tapi insyaallah satu hari kita akan berjumpa jua...oh sebelum merepek dengan panjang lebarnya aku nak ucapkan terima kasih pada driver terchinta a.k.a sahabat baik iaitu makna sebab menumpangkan aku pergi dan menghantarku pulang ke stesen komuter berdekatan..love u very much my dearest friend.pertemuan dengan kak im sangat singkat kerana kekangan masa dan kesibukan kak im.



bila ada kesempatan lagi kita pasti akan berjumpa insyaallah

.:5 perkara yang perlu dipertimbang apabila bercakap.:


assalamualaikum 

hai semua.hari ini aku nak berkongsi dengan kalian 5 perkara yang perlu dipertimbangkan apabila kita mahu bercakap dengan orang.


1.jauhi dari memaki hamun orang

apa yang kalian dapat daripada memaki hamun orang?tidak kira betapa kita geram atau marah pada seseorang sekalipun,cuba elakkan daripada maki hamun mereka.ini kerana impaknya akan kena pada diri sendiri dan juga pada orang yang dimaki hamun.mari kita tengok dulu apa impaknya pada orang yang dimaki hamun ini.orang ini tentu akan tersinggung serta marah dengan perkataan yang keluar dari mulut kita dan seterusnya ini akan mengakibatkan kita kurang mendapat teman kerana mulut anda sendiri.kalau tak percaya,cuba kalau ada orang lain ataupun sahabat yang maki kita,sure kita akan terasa bukan?haaa...impaknya pada kita kalau kita ini suka maki hamun orang adalah selalunya kita akan rasa menyesal dengan perbuatan kita sendiri.macam perpatah melayu ni---->sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.kalau kita tahu kita ni memang jenis yang nak maki hamun orang aje,cuba kawal persaaan kita dan tarik nafas panjang-panjang.sempat ke nak tarik nafas panjang-panjang?kalau tak sempat,lari daripada situasi yang tegang yang sebabkan kalian marah dan diam..orang yang berhati-hati dalam percakapannya adalah orang yang cintakan agama di mana merkea ini akan sentiasa menjaga diri dari segala perbuatan keji ataupun jika dia sedar dia melakukan kesalahan,dia akan cepat beristighfar,bertaubat dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.*

2.jauhi dari bercakap benda yang tak penting

apabila berbicara kita disarankan untuk bercakap benda yang berfaedah dan penting sahaja.ini bagi mengelakkan kita dari mengumpat dan mencaci orang lain.berlebihan dalam percakapan akan selain itu juga, bercakap benda yang tidak penting akan mengakibatkan sahabat ataupun pendengar merasa bosan dengan apa yang kita katakan.orang yang beriman dan bijaksana tidak berkata atau bercakap sesuatu yang tidak berfaedah.Mereka seperti ini menjaga setiap tutur kata dan percakapan.mereka mengelakkan daripada berkata sesuatu yang tidak berfaedah atau sia-sia apatah lagi mengumpat keji atau mencaci sesama manusia.Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud 

''Apabila kamu melihat orang mukmin itu pendiam dan mempunyai kehormatan diri,maka dekatilah dia kerana dia akan mengajak kau ilmu hikmah


3.jauhi dari bertikam lidah

bertikam lidah di sini bukanlah bermaksud lidah kalian dan sahabat saling berbunuhan tapi ia memberi makna bertengkar @ berdebat.jangan gunakan lidah untuk bertikam lidah sesama sendiri kerana buruk akibatnya kepada anda dan sahabat kalian..bertikam lidah boleh mengakibatkan pergaduhan yang menjurus kepada keretakan rumah tangga dalam institusi kekeluargaan..seperti pepatah melayu ''kerana mulut, badan binasa''.

5.jangan gunakan lidah untuk mencari salah orang

perkara kelima ini,aku sendiri pun tidak setuju.orang seperti ini hanya mahu mencari kesalahan orang lain bagi menutup kesalahan dan kelemahan diri.berkemungkinan juga orang seperti ini mahu mencari salah orang kerana PHD(perasaan hasad dengki) yang tinggi terhadap kalian.buat apa kalian bazir masa dan tenaga untuk cari kesalahan orang lain..kalian kena ingat bahawa kita semua sama di sisi Allah..hanyalah seorang hamba yang kerdil.oleh itu,buangkanlah tabiat mencari kesalahan orang lain demi kepuasan sendiri kerana ia hanya merugikan kalian dan keluarga kalian.


to be continue

p/s:perkara ni semauau dapatkan daripada majalahsolusi ye rakan-rakan.cuma olahan sahaja yang sendiri buat.ada yg salah,sila betulkan ya..tq

Sunday, November 20, 2011

happy G-Day alang!!!

assalamualaikum

entri kali ini aku dedikasikan khas buat alang aku yang tersayang.



tahniah sebab berjaya membawa balik segulung diploma untuk mak ayah.

congrats!!

for sure mereka akan rasa berbangga sebab tinggal dua saja lagi anak mereka yang masih dan akan tamat pengajian tak lama lagi.so,lepas ni apa lagi..pergilah cari kerja,kumpul duit banyak-banyak and belanja kami semua naik kapal terbang untuk tengok iee grad pulak..ada bran?haha.and kalau tak dapat keje lagi, g sambung degree pulak.. btw, so sorry sebab tak dapat nak attend your special day.mula-mula memang ingat nak balik minggu ni.tup-tup dah nak sampai masa nak balik, kerja datang melimpah ruah macam pili bomba yang pecah (hiperbola sangat).


once again, i wish u congratulation...

alang si gigi arnab..hehe


Friday, November 4, 2011

sahabat dunia akhirat

assalamualaikum


hai semua..dah berkurun lamanya tak update blog kesayangan aku ini..akibat 'dikecam' hebat oleh rakan-rakan (cik rama-rama dan cik lina), akhirnya aku gagahi jua tanganku ini untuk menulis.bukan malas tapi masa tidak menginzinkan aku untuk mengupdate blog. poyo pulak rasanya.maaf andai penulisan blog aku kali ini ntah pape sebab aku dah lama tidak menguji kepantasan jari menaip  di blog..


baiklah rakan-rakan ku sekalian, entri kali ini adalah mengenai sahabat..kenapa sahabat menjadi topik yang ingin aku kongsikan di sini. ini kerana sejak kebelakangan ini, ikatan persahabatan antara aku dan sahabat-sahabatku yang lain semakin akrab.terasa kemanisan persahabatan ketika  bergurau senda, memasak serta makan bersama.adakah sebab ini merupakan tahun akhir pengajianku ataupun adakah kerana aku baru mengenali mereka dengan lebih dalam.

kita semua sedia maklum bahawa sahabat juga boleh mencorakkan kehidupan kita secara tidak langsung.sahabat yang baik akan membawa kita ke jalan yang lurus di mana semestinya mereka mempunyai sifat-sifat yang baik yang ingin dicontohi manakala sahabat yang tidak baik pula akan membawa kita ke lembah kehancuran dan kesesatan. akan tetapi harus diingat di sini bahawa sahabat bukan sahaja diperlukan di saat kita bergembira serta seronok tetapi amat diperlukan ketika kita di saat kekecewaan dan kesedihan.lebih-lebih lagi untuk mereka yang jauh dari ibu bapa untuk menuntut ilmu, sahabat merupakan orang yang paling dekat dengan kalian semua dan diperlukan sentiasa. di sini, aku sisipkan beberapa contoh yang aku dapat daripada majalah solusi mengenai sifat sahabat yang mulia dan yang perlu dijauhi.

sifat sahabat yang mulia
1. memiliki akhlak dan budi pekerti yang baik


akhlak dan keperibadian yang baik mencerminkan perwatakan seseorang yang  menarik.andai kita ditemukan dengan sahabat seperti ini mereka akan mudah untuk mengajak sahabat yang lain untuk melakukan kebaikan untuk diri dan masyarakat.dia juga seorang yang lembut dalam bicara dan penuh kesopanan.dia juga seorang yang berbudi pekerti, mempunyai yang baik serta mematuhi perintah allah. sifat-sifat yang terpuji seperti ini akan menyebabkan kita ingin mencontohi dan mengikuti  sifat-sifat tersebut.

2. menutup keburukan dan kekurangan sahabat

sahabat seperti ini tidak akan menceritakan keburukan sahabatnya yang lain ketika ketiadaannya.mereka juga sedaya upaya akan menjaga keaiban sahabat yang lain apabila terdapat orang lain yang ingin mengetahui kekurangannya walaupun dia mengetahui kelemahan ataupun keaiban sahabatnya. Daripada Ibn Abbas, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : ''sesiapa yang menutup keburukan saudaranya, maka Allah akan menutup keburukkannya di akhirat.''(Riwayat Ibn Majah)

3. memperbesarkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya


sering bertanya tentang kesusahan yang kita hadapi kerana ingin berkongsi kesusahan, kesenangan serta keseronokan bersama.mereka ini juga penghibur tatkala kita sedih dan pelindung di waktu kesusahan.mereka juga tidak berkira-kira untuk mengorbankan masa, harta dan tenaga untuk memenuhi hajat sahabat.

4. menyebut kebaikan


jika dia mendapat satu kebaikan daripada kita, dia akan menghargai dan menyebut-nyebutnya. mereka juga tidak akan berkecil hati dengan kita seandainya kita tidak mampu menolongnya. 


5. mudah mengalah


apabila tercetus sedikit perbalahan di antara dia dan sahabat yang lain, dia akan mudah untuk memaafkan sahabatnya itu.mereka ini mudah untuk mengorbankan perasaan mereka semata-mata ingin menjaga hati sahabatnya.


6. mendorong kita mencapai kejayaan


kejayaan yang dimaksudkan di sini bukan tertumpu pada duniawi semata-mata, tetapi tertumpu pada akhirat juga. seorang sahabat yang baik akan sentiasa menasihati sahabat mereka berkenaan hal dunia dan akhirat..


sahabat yang perlu dijauhi


1. penjual ikan a.k.a selfish


penjual ikan di sini bukan bermaksud mereka yang jual ikan di pasar tetapi mereka yang mementingkan diri sendiri. sahabat seperti ini is not good to your body, mind and soul..mereka ini akan mencari kalian tatkala mereka keseorangan dan mempunyai kepentingan mereka yang tersendiri. keutamaan mereka ialah hawa nafsu diri sendiri kerana tamak pada kemewahan danb harta dunia.


2. kaki kipas


setiap perkara yang kita buat akan disetujui walaupun perkara tersebut adalah tidak betul..dia ni kalau depan kita, pijak semut pun tak mati tapi kalau dekat belakang kita dia la raja segalanya. dia mungkin berpotensi untnk merendahkan kita dan mengkhianati kita apabila ketiadaan kita.ish2..apa punya kawan da..bertalam dua muka.


3. pemboros dan suka hiburan..


beware of this kind of friend.ini kerana sahabat seperti ini akan menjelma di hadapan kamu di saat mereka inginkan keseronokkan.tambahan pula,kalau kalian ini memang yang jenis suka berlibur,berkeliaran serta melepak dan suka tempat hiburan dan meminati hiburan yang melalaikan, haa lagilah mereka suka dekati kalian.


4. membuatkan kita semakin jauh daripada Allah


mereka ini seorang yang sesat dan menyesatkan orang lain serta mendekati kemungkaran.hidup mereka penuh onak dan ranjau yang membawa kepada kekufuran.


5. suka berbantah-bantah


jenis yang suka bertikam lidah dan merasakan satu kemenangan dalam berhujah.mereka ini juga tidak mahu mengalah untuk menerima pandangan orang lain.senang cerita, dia ini fikir apa yang doia cakap semua betul dan orang lain salah.


Rasulullah bersabda, maksudnya: ''Bersahabatlah dengan orang yang soleh dan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembuskan bara). pengedar minyak wangi samada ia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau-bauan daripadanya, ataupun sekurang-kurangnya anda mendapat bau daripadanya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar ataupun anda mendapat bau yang kurang enak.'' (Riwayat Abu Dawud)

Sunday, June 12, 2011

I'm coming home!!!!

assalamualaikum


tak sempat nak update blog untuk jangka masa yang lama

2 minggu kat SUKMA banyak ragam dan orang yang aku jumpa


n

that's it

ada kerja sedang menanti