Saturday, November 7, 2015

Usaha tangga kejayaan


Assalamualaikum


Entri kali ini saya nak berkongsi mengenai menu untuk minum petang di hujung minggu. Ada sesetengah yang plan makan luar bila hujung minggu. ada yang suka  bermalasan dan manjakan diri di rumah. Saya jenis yang ikut mood. Kalau  sudah seminggu makan makanan rumah, hujung minggu adalah masa saya nak makan di luar. Tapi minggu ini saya memilih untuk makan dirumah disebabkan ternampak resepi yang menarik untuk dicuba daripada blog azlitamasammanis.blogspot.com. Minggu lepas, selepas  kegagalan saya membuat kuih akibat kederhakaan yang serious terhadap resepi inenjadikan saya insaf untuk mengikut resepi langkah demi langkah. saya bukan cakap kita tidak boleh nak derhaka resepi, tapi sebenarnya boleh  untuk yang dah pakar. bagi mereka yang baru nak berkecimpung buat kuih atau bun ini, buat-buat sedar diri ikut resepi itu satu per satu.

Banyak resepi yang menarik perhatian saya dalam blog kak Azlita ini. Rasa macam hendak cuba semua resepi tapi tamak haloba pulak bunyinya. Kalau tidak menjadi, menangislah jawabnya. Jadi untuk minggu ini, saya cuba resepi Roti Sarang Lebah sebab roti agak susah hendak dapat dekat kawasan rumah saya. Kalau adapun yang tiada logo halal dan menimbulkan was was. Jadi lebih elok kita buat roti sendiri yang diyakini halal. Gitew. Ini adalah  percubaan kali pertama saya untuk buat roti. Jadi janganlah kencam saya kata rupanya tidak sama dengan dalam blog kak Azlita. Adunan yang saya buat, saya uli pakai tangan. Boleh tahan rasa hendak tercabut tangan menguli dengan bersungguhnya sebab takut keras.



hasil ulian saya. lain kali kena beli bread maker. ye saya tahu nampak tidak menyelerakan.


tadaaa. hasilnya lebih menarik berbanding atas

Doh yang lebih daripada adunan, saya buat pizza. Sos atas pizza saya buat campuran tomato puri, sesudu cili sos, cili besar, garam dan serbuk cendawan. Isi atas ikut pada citarasa sendiri. Saya memilih untuk letak sedikit sosej dan cendawan. 


don't judge a book by its cover.malas nak edit gambar


Sekian sahaja entri kali ini.

Monday, October 19, 2015

Part 2: Sweet escape to Brunei

Assalamualaikum 


apa khabar semua follower.arini kita sambung bercerita mengenai planning last minute ke Brunei. last entri saya ada mention kami diminta untuk tukar bas ke Miri bila di Bintulu dan bus yang kami naiki ini pula jenis yang berhenti-henti.kat situ kami dah rasa mcam kena tipu.mana taknya,kami beli tiket direct pergi Miri. bukan beli tiket untuk naik bus lompat.mengenangkan masa dah suntuk, kami pun buat plan baru atas bus. kalau kami spend the whole day dekat Miri, sia-sialah kami gerak awal ke Miri. bincang punya bincang dengan housemate, kami buat keputusan untuk bermalam di Brunei. kedengaran agak gila di situ sebab kami tak book lagi mana-mana hotel. sementara ada line kat Malaysia, sorang google hotel thru Agoda sorang lagi baca blog.bila saya dah putus harap dengan harga hotel yang semalam boleh cecah RM300, housemate saya terbaca mengenai satu tempat yang biasa backpackers duduk bila datang ke Brunei ialah Youth Centre (Kompleks Belia).



                                                       Image result for youth centre brunei 
 Youth Centre Brunei (gambar ihsan google)
 
Kompleks Belia ini memang tempat wajib untuk backpackers. Harga semalam dalam 10 dolar seorang melalui pembacaan housemate daripada satu travel blog tahun 2012. dah 3 tahun berlalu,kami tak jumpa mana-mana blog yang paling latest. kalau harga tu masih tak berubah, dapatlah kami berdua jimat duit.hehe.Sampai sahaja dekat station bus Miri dalam pukul 11 lebih, terus kami ke kaunter Bus untuk ke Brunei. Ada satu je kaunter yang jual tiket untuk ke Brunei. Alhamdulillah, tiket bus masih ada lagi dan bus akan bertolak jam 345 petang. Sempatlah kami berdua pergi keluarkan duit dari ATM, tukar duit dekat money changer, makan, solat dan rehat dekat mall yang berdekatan. 

Dipendekkan cerita, masa kami tengah makan Pezzo dekat mall terjumpa Dayang, kawan masa kerja dekat Sibu. Rasanya sejak dia pindah ke Miri tak pernah kami berdua jumpa. Jadi, borak punya borak dia offerkan diri nak hantar pergi stesen bus. Rezeki kami berdua lagi. Alhamdulillah. Jimat duit teksi kami Rm16. haha. Lepas selesai solat, kami terus tunggu Dayang di Pezzo. Sampai di stesen bus, kami terus beli tiket bus dan menunggu dengan penuh sabar ditambah dengan kepanasan cuaca masa tu.Stesen bus di Miri sangat jauh berbeza dengan di Sibu apatah lagi di semenanjung. 

Image result for pezzo miri 

gambar dekat fon tak dapat nak upload jadi kita google je


Disebabkan masa masih awal, kami pun berjalan di pasar sayur di sebelah stesen bus. Niat di hati nak cari makanan sebagai bekalan masa tiba di Brunei. Tapi bila sampai di pasar tersebut cuma ada sayur dan buah pisang. Ingatkan adalah makanan lain yang dijual dekat situ. Hampa. Berjalan baliklah kami ke stesen bus yang berapa tapak dari pasar tu. Sejam setengah dah berlalu dengan tertido sambil kepanasan menunggu, bus pun sampai.Terus kami berdua ke toilet dulu, lepas tu dengan laju-laju jalan naik bus. takut ditinggalkan. kalau kena tinggal dengan bus memang tragis habis. yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. 

Image result for phls express 
(PHLS Ekspress - satu-satunya bus ke Brunei) 

Tiba masa untuk tidur dalam bus untuk kali keduanya. Percutian yang banyak kali tidur dalam bus dari tidur dekat hotel mahupun rumah. oleh itu, sambung cerita untuk entri akan datang.


Sekian.

Sunday, September 13, 2015

Part 1: Sweet escape to Brunei

Assalamualaikum

Bertahun dah tak upload blog.buka blognya dah banyak kali tapi tak ada idea nak tulis.jadi asyik bukak tutup bukak tutup je la.entri kali ni share experience ke Brunei. mesti ada yang cakap tak sesuai pergi bercuti time matawang tengah tak stabil tapi rasanya masa ini sahaja yang sesuai. takut nanti masa dah stabil, dah tak ada peluang lagi nak ke sana.

sebenarnya plan nak ke Brunei ini plan last minute. hari yang nak pergi tu la baru ajak housemate buat gamble beli tiket bus ke Miri.syukur sangat masa tu ade bus kosong nak ke Miri sebab orang sibuk nak balik kampung Merdeka kau sibuk nak berjalan jugak kan.nak naik keta berdua dengan perjalanan yang makan masa 6 jam ke Miri memang tak lah sebab dengan penatnya,mengantuknya.nasibla dapat housemate yang jenis suka travel naik apa pun dan sudi jadi partner in crime.tq!

Biasanya orang suggest kalau nak travel jauh guna bus MTC. Tapi tak dapat sebab bus tu dah penuh so naiklah Bus Asia.sebenarnya masa call kaunter kat rumah ade bus kul 10 malam tapi bila pergi kat kaunter bus tu dah penuh. ingatkan tak ramai yang nak balik malam. salah percaturan rupanya.huhu. tak ada bus kul 10, bus kul 1230 malam je yang tinggal. so tak ada pilihan, beli jugak kul 1230 malam. janji nak gerak malam tu jugak dari Sibu.


tengok masa kat tiket memang 1230 malam.tapi itu cuma masa kat tiketlah


Tersadailah kami dua kat station bus menanti penuh setia.syukurlah masih ade orang tunggu bus kat situ walaupun tak seramai orang kat pudu.tunggu punya tunggu, bus yang dijanjikan tak muncul tiba.tuptup kul 130 pagi baru bus sampai.kalau kat kl tu pakcik saya paham la jalan jem, tapi kat sini mana ada jem.sabar je la.bila dah naik bus tu teruslah kami dua tido.bus sampai bintulu dalam pukul 6 pagi jadi kami dua turun untuk amik wudu'.sebelum ke toilet sempat tanya pakcik bus, lama ke tak lama berhentinya. syukur sempat kami dua amik wudu' bus masih ade lagi.tapi tengok jam dah 6 lebih bus tak jalan lagi.kalau bus lambat sampai Miri,tak dapatla kami dua kejar bus nak ke Brunei jam 830 pagi.okay, untuk pengetahuan semua bus nak ke Brunei ni ada 2 je.satu pukul 830 pagi lagi satu pukul 345 petang.

Nak dijadikan cerita, bus tu berhenti lama sebab nak tukar bus lain which is tak selesa dan berbaloi harga daripada yang kami beli. bus first dua tingkat tapi tingkat bawah hanya untuk letak barang.sangat tak stabil rasa bila driver bus bawak laju.bus kedua ni bus biasa yang untuk journey jauh tak sesuai.buat patah pinggang.bus kedua ni dia berhenti lagi kat Niah.

pekan Niah

jadi bila tengok jam balik memang kami tak sempat nak mengejar bus pagi ke Brunei dengan duit tak tukar kat money changer lagi.bus yang kedua ni pun jenis bus berhenti-berhenti.makin lambat la sampai ke Miri.makin kematulah punggung kami. macam mana ni.macam mana.cancel plan ke Brunei dan teruskan vacation ke Miri sahaja ke?oh tidak..pening,pening.

nak tahu apa yang jadi?jumpa untuk entri akan datang semua.


Assalamualaikum.






Thursday, October 31, 2013

Pelan ape ni?

assalamualaikum


eh,pelan apa ni?ha,kalau nak tahu ni pelan apa,tunggu entri akan datang.

...see you..


Setahun sudah berlalu

assalamualaikum

dah setahun lebih rupanya tak update blog.ini semua gara-gara M to the A to the LAS..MALAS,MALAS,MALAS.actually dah lama pasang hasrat nak update belog tapi asal nak bukak je M datang, asal bukak je M datang.jadi kuburkan ajelah niat tu. bukan saja belog malah yang sekutu dengannya pun malas nak update.camne tu.

ibarat ada taman permainanan dalam minda kita.

disebabkan lama tak menulis jadi agak kekok nak start balik.ini tengah cari idea ape yang nak ditulis dalam entri akan datang.entri ini cuma mukadimah saja.jadi sehingga bertemu kembali,


Wednesday, March 7, 2012

Monday, January 16, 2012

happy 23!!

assalamualaikum

entri kali ini saya hadiahkan buat teman seperjuangan yang telah dan bakal mencecah angka 23 tahun..

1.coach yang dikasihi --lina (13/1)

2.adik yang disayangi -- atikah (16/1)

3.kekasih hati --azira (19/1)


saya tak pandai nak bermadah kata,cuma ucapan ringkas daripada penaja sahaja..

selamat ulang tahun ke 23 buat kesayanganssss
semoga amalan kita selari dengan umur kita..
may Allah bless u till jannah my dearie frens






well, ape perasaan kamu semua dalam angka 23..ada tak terasa dirimu telah tua, ataupun umur hanyalah sekadar angka sahaja..heheh..


p/s:hadiah nanti claim time dah kerja ya..hehehe: