Sunday, September 13, 2015

Part 1: Sweet escape to Brunei

Assalamualaikum

Bertahun dah tak upload blog.buka blognya dah banyak kali tapi tak ada idea nak tulis.jadi asyik bukak tutup bukak tutup je la.entri kali ni share experience ke Brunei. mesti ada yang cakap tak sesuai pergi bercuti time matawang tengah tak stabil tapi rasanya masa ini sahaja yang sesuai. takut nanti masa dah stabil, dah tak ada peluang lagi nak ke sana.

sebenarnya plan nak ke Brunei ini plan last minute. hari yang nak pergi tu la baru ajak housemate buat gamble beli tiket bus ke Miri.syukur sangat masa tu ade bus kosong nak ke Miri sebab orang sibuk nak balik kampung Merdeka kau sibuk nak berjalan jugak kan.nak naik keta berdua dengan perjalanan yang makan masa 6 jam ke Miri memang tak lah sebab dengan penatnya,mengantuknya.nasibla dapat housemate yang jenis suka travel naik apa pun dan sudi jadi partner in crime.tq!

Biasanya orang suggest kalau nak travel jauh guna bus MTC. Tapi tak dapat sebab bus tu dah penuh so naiklah Bus Asia.sebenarnya masa call kaunter kat rumah ade bus kul 10 malam tapi bila pergi kat kaunter bus tu dah penuh. ingatkan tak ramai yang nak balik malam. salah percaturan rupanya.huhu. tak ada bus kul 10, bus kul 1230 malam je yang tinggal. so tak ada pilihan, beli jugak kul 1230 malam. janji nak gerak malam tu jugak dari Sibu.


tengok masa kat tiket memang 1230 malam.tapi itu cuma masa kat tiketlah


Tersadailah kami dua kat station bus menanti penuh setia.syukurlah masih ade orang tunggu bus kat situ walaupun tak seramai orang kat pudu.tunggu punya tunggu, bus yang dijanjikan tak muncul tiba.tuptup kul 130 pagi baru bus sampai.kalau kat kl tu pakcik saya paham la jalan jem, tapi kat sini mana ada jem.sabar je la.bila dah naik bus tu teruslah kami dua tido.bus sampai bintulu dalam pukul 6 pagi jadi kami dua turun untuk amik wudu'.sebelum ke toilet sempat tanya pakcik bus, lama ke tak lama berhentinya. syukur sempat kami dua amik wudu' bus masih ade lagi.tapi tengok jam dah 6 lebih bus tak jalan lagi.kalau bus lambat sampai Miri,tak dapatla kami dua kejar bus nak ke Brunei jam 830 pagi.okay, untuk pengetahuan semua bus nak ke Brunei ni ada 2 je.satu pukul 830 pagi lagi satu pukul 345 petang.

Nak dijadikan cerita, bus tu berhenti lama sebab nak tukar bus lain which is tak selesa dan berbaloi harga daripada yang kami beli. bus first dua tingkat tapi tingkat bawah hanya untuk letak barang.sangat tak stabil rasa bila driver bus bawak laju.bus kedua ni bus biasa yang untuk journey jauh tak sesuai.buat patah pinggang.bus kedua ni dia berhenti lagi kat Niah.

pekan Niah

jadi bila tengok jam balik memang kami tak sempat nak mengejar bus pagi ke Brunei dengan duit tak tukar kat money changer lagi.bus yang kedua ni pun jenis bus berhenti-berhenti.makin lambat la sampai ke Miri.makin kematulah punggung kami. macam mana ni.macam mana.cancel plan ke Brunei dan teruskan vacation ke Miri sahaja ke?oh tidak..pening,pening.

nak tahu apa yang jadi?jumpa untuk entri akan datang semua.


Assalamualaikum.