Monday, October 19, 2015

Part 2: Sweet escape to Brunei

Assalamualaikum 


apa khabar semua follower.arini kita sambung bercerita mengenai planning last minute ke Brunei. last entri saya ada mention kami diminta untuk tukar bas ke Miri bila di Bintulu dan bus yang kami naiki ini pula jenis yang berhenti-henti.kat situ kami dah rasa mcam kena tipu.mana taknya,kami beli tiket direct pergi Miri. bukan beli tiket untuk naik bus lompat.mengenangkan masa dah suntuk, kami pun buat plan baru atas bus. kalau kami spend the whole day dekat Miri, sia-sialah kami gerak awal ke Miri. bincang punya bincang dengan housemate, kami buat keputusan untuk bermalam di Brunei. kedengaran agak gila di situ sebab kami tak book lagi mana-mana hotel. sementara ada line kat Malaysia, sorang google hotel thru Agoda sorang lagi baca blog.bila saya dah putus harap dengan harga hotel yang semalam boleh cecah RM300, housemate saya terbaca mengenai satu tempat yang biasa backpackers duduk bila datang ke Brunei ialah Youth Centre (Kompleks Belia).



                                                       Image result for youth centre brunei 
 Youth Centre Brunei (gambar ihsan google)
 
Kompleks Belia ini memang tempat wajib untuk backpackers. Harga semalam dalam 10 dolar seorang melalui pembacaan housemate daripada satu travel blog tahun 2012. dah 3 tahun berlalu,kami tak jumpa mana-mana blog yang paling latest. kalau harga tu masih tak berubah, dapatlah kami berdua jimat duit.hehe.Sampai sahaja dekat station bus Miri dalam pukul 11 lebih, terus kami ke kaunter Bus untuk ke Brunei. Ada satu je kaunter yang jual tiket untuk ke Brunei. Alhamdulillah, tiket bus masih ada lagi dan bus akan bertolak jam 345 petang. Sempatlah kami berdua pergi keluarkan duit dari ATM, tukar duit dekat money changer, makan, solat dan rehat dekat mall yang berdekatan. 

Dipendekkan cerita, masa kami tengah makan Pezzo dekat mall terjumpa Dayang, kawan masa kerja dekat Sibu. Rasanya sejak dia pindah ke Miri tak pernah kami berdua jumpa. Jadi, borak punya borak dia offerkan diri nak hantar pergi stesen bus. Rezeki kami berdua lagi. Alhamdulillah. Jimat duit teksi kami Rm16. haha. Lepas selesai solat, kami terus tunggu Dayang di Pezzo. Sampai di stesen bus, kami terus beli tiket bus dan menunggu dengan penuh sabar ditambah dengan kepanasan cuaca masa tu.Stesen bus di Miri sangat jauh berbeza dengan di Sibu apatah lagi di semenanjung. 

Image result for pezzo miri 

gambar dekat fon tak dapat nak upload jadi kita google je


Disebabkan masa masih awal, kami pun berjalan di pasar sayur di sebelah stesen bus. Niat di hati nak cari makanan sebagai bekalan masa tiba di Brunei. Tapi bila sampai di pasar tersebut cuma ada sayur dan buah pisang. Ingatkan adalah makanan lain yang dijual dekat situ. Hampa. Berjalan baliklah kami ke stesen bus yang berapa tapak dari pasar tu. Sejam setengah dah berlalu dengan tertido sambil kepanasan menunggu, bus pun sampai.Terus kami berdua ke toilet dulu, lepas tu dengan laju-laju jalan naik bus. takut ditinggalkan. kalau kena tinggal dengan bus memang tragis habis. yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. 

Image result for phls express 
(PHLS Ekspress - satu-satunya bus ke Brunei) 

Tiba masa untuk tidur dalam bus untuk kali keduanya. Percutian yang banyak kali tidur dalam bus dari tidur dekat hotel mahupun rumah. oleh itu, sambung cerita untuk entri akan datang.


Sekian.

No comments:

Post a Comment