Assalamualaikum
Entri kali ini saya nak berkongsi mengenai menu untuk minum petang di hujung minggu. Ada sesetengah yang plan makan luar bila hujung minggu. ada yang suka bermalasan dan manjakan diri di rumah. Saya jenis yang ikut mood. Kalau sudah seminggu makan makanan rumah, hujung minggu adalah masa saya nak makan di luar. Tapi minggu ini saya memilih untuk makan dirumah disebabkan ternampak resepi yang menarik untuk dicuba daripada blog azlitamasammanis.blogspot.com. Minggu lepas, selepas kegagalan saya membuat kuih akibat kederhakaan yang serious terhadap resepi inenjadikan saya insaf untuk mengikut resepi langkah demi langkah. saya bukan cakap kita tidak boleh nak derhaka resepi, tapi sebenarnya boleh untuk yang dah pakar. bagi mereka yang baru nak berkecimpung buat kuih atau bun ini, buat-buat sedar diri ikut resepi itu satu per satu.
Banyak resepi yang menarik perhatian saya dalam blog kak Azlita ini. Rasa macam hendak cuba semua resepi tapi tamak haloba pulak bunyinya. Kalau tidak menjadi, menangislah jawabnya. Jadi untuk minggu ini, saya cuba resepi Roti Sarang Lebah sebab roti agak susah hendak dapat dekat kawasan rumah saya. Kalau adapun yang tiada logo halal dan menimbulkan was was. Jadi lebih elok kita buat roti sendiri yang diyakini halal. Gitew. Ini adalah percubaan kali pertama saya untuk buat roti. Jadi janganlah kencam saya kata rupanya tidak sama dengan dalam blog kak Azlita. Adunan yang saya buat, saya uli pakai tangan. Boleh tahan rasa hendak tercabut tangan menguli dengan bersungguhnya sebab takut keras.
hasil ulian saya. lain kali kena beli bread maker. ye saya tahu nampak tidak menyelerakan.
tadaaa. hasilnya lebih menarik berbanding atas
Doh yang lebih daripada adunan, saya buat pizza. Sos atas pizza saya buat campuran tomato puri, sesudu cili sos, cili besar, garam dan serbuk cendawan. Isi atas ikut pada citarasa sendiri. Saya memilih untuk letak sedikit sosej dan cendawan.
don't judge a book by its cover.malas nak edit gambar
Sekian sahaja entri kali ini.