assalamualaikum
hai semua.hari ini aku nak berkongsi dengan kalian 5 perkara yang perlu dipertimbangkan apabila kita mahu bercakap dengan orang.
1.jauhi dari memaki hamun orang
apa yang kalian dapat daripada memaki hamun orang?tidak kira betapa kita geram atau marah pada seseorang sekalipun,cuba elakkan daripada maki hamun mereka.ini kerana impaknya akan kena pada diri sendiri dan juga pada orang yang dimaki hamun.mari kita tengok dulu apa impaknya pada orang yang dimaki hamun ini.orang ini tentu akan tersinggung serta marah dengan perkataan yang keluar dari mulut kita dan seterusnya ini akan mengakibatkan kita kurang mendapat teman kerana mulut anda sendiri.kalau tak percaya,cuba kalau ada orang lain ataupun sahabat yang maki kita,sure kita akan terasa bukan?haaa...impaknya pada kita kalau kita ini suka maki hamun orang adalah selalunya kita akan rasa menyesal dengan perbuatan kita sendiri.macam perpatah melayu ni---->sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.kalau kita tahu kita ni memang jenis yang nak maki hamun orang aje,cuba kawal persaaan kita dan tarik nafas panjang-panjang.sempat ke nak tarik nafas panjang-panjang?kalau tak sempat,lari daripada situasi yang tegang yang sebabkan kalian marah dan diam..orang yang berhati-hati dalam percakapannya adalah orang yang cintakan agama di mana merkea ini akan sentiasa menjaga diri dari segala perbuatan keji ataupun jika dia sedar dia melakukan kesalahan,dia akan cepat beristighfar,bertaubat dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.*
2.jauhi dari bercakap benda yang tak penting
apabila berbicara kita disarankan untuk bercakap benda yang berfaedah dan penting sahaja.ini bagi mengelakkan kita dari mengumpat dan mencaci orang lain.berlebihan dalam percakapan akan selain itu juga, bercakap benda yang tidak penting akan mengakibatkan sahabat ataupun pendengar merasa bosan dengan apa yang kita katakan.orang yang beriman dan bijaksana tidak berkata atau bercakap sesuatu yang tidak berfaedah.Mereka seperti ini menjaga setiap tutur kata dan percakapan.mereka mengelakkan daripada berkata sesuatu yang tidak berfaedah atau sia-sia apatah lagi mengumpat keji atau mencaci sesama manusia.Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud
''Apabila kamu melihat orang mukmin itu pendiam dan mempunyai kehormatan diri,maka dekatilah dia kerana dia akan mengajak kau ilmu hikmah
3.jauhi dari bertikam lidah
bertikam lidah di sini bukanlah bermaksud lidah kalian dan sahabat saling berbunuhan tapi ia memberi makna bertengkar @ berdebat.jangan gunakan lidah untuk bertikam lidah sesama sendiri kerana buruk akibatnya kepada anda dan sahabat kalian..bertikam lidah boleh mengakibatkan pergaduhan yang menjurus kepada keretakan rumah tangga dalam institusi kekeluargaan..seperti pepatah melayu ''kerana mulut, badan binasa''.
5.jangan gunakan lidah untuk mencari salah orang
perkara kelima ini,aku sendiri pun tidak setuju.orang seperti ini hanya mahu mencari kesalahan orang lain bagi menutup kesalahan dan kelemahan diri.berkemungkinan juga orang seperti ini mahu mencari salah orang kerana PHD(perasaan hasad dengki) yang tinggi terhadap kalian.buat apa kalian bazir masa dan tenaga untuk cari kesalahan orang lain..kalian kena ingat bahawa kita semua sama di sisi Allah..hanyalah seorang hamba yang kerdil.oleh itu,buangkanlah tabiat mencari kesalahan orang lain demi kepuasan sendiri kerana ia hanya merugikan kalian dan keluarga kalian.
to be continue
p/s:perkara ni semauau dapatkan daripada majalahsolusi ye rakan-rakan.cuma olahan sahaja yang sendiri buat.ada yg salah,sila betulkan ya..tq