Saturday, May 14, 2011

mentaliti kelas ketiga..

assalamualaikum

hai semua!!lamanya dah tinggalkan blog kesayangan hamba ni..bukan apa, bila sekali dah malas nak on laptop, ia akan jadi malas buat selamanya.hari tu sebab exam tak on, ingtkan lepas exam nak update status tapi tergendala dek kerana ada masalah dengan LI. bila dah LI pulak, penat rasanya nak update status..sebabnya berulang alik dari bukit jalil ke seremban merupakan satu kerja yang memerlukan tenaga yang banyak. oleh itu, bila dah guna tenaga yang banyak, sebaik saja sampai di rumah ia adalah masa untuk merehatkan badan...ok..dah merepek sikit nampaknya..mari kita ke entri kali ni..ok, setiap kali saya nak naik tren, mesti ramai yang tolak-tolak yang melepaskan tengkolok masing-masing.saya tahu, mereka nak kejarkan masa mereka supaya dapat sampai ke rumah dengan lebih awal tapi idea menghimpit dan menolak orang itu bukanlah satu idea yang baik.sebab kenapa?sebab bila sesi tolak menolak dah berlaku, orang yang ditolak tu jadi tak stabil dan mungkin akan jatuh.mungkin mereka tak pernah lagi jatuh sebab kena tolak tapi kita fikir benda yang paling buruk yang bakal berlaku. lagi satu, bila tren tu dah nampak padat cam milo fuze, tunggu la tren lain pulak.jangan la masih nak masuk dan menambahkan sesak dada orang kat dalam tren yang penuh tu..apa yang boleh dilihat dan dipelajari dalam tren ni adalah sifat mementingkan diri sendiri dan mentaliti kelas ketiga mereka..lagi satu bila dah duduk dalam tren, kita kena fikirkan keutamaan orang yang perlu duduk..janganlah fikir tengkolok ko sorang je..orang yang mengandung perlu diutamakan..ini dah nampak orang tu mengandung ataupun budak berdiri boleh butakan mata je..jual ikan betul..lagi satu, time orang nak keluar, bagila orang tu keluar dulu..ini sampai ada satu makcik tu kena turun stesen lepas tu..kalau terkena diri sendiri barulah korang tau..

baiklah..ini saja perkongsian untuk hari ni..:)

2 comments: