Monday, March 21, 2011

National Health and Morbidity Survey (NHMS)

assalamualaikum

hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua apa itu NHMS @ National Health and Morbidity Survey

NHMS atau Kajian Kesihatan dan Morbidity Kebangsaan berperanan untuk membekalkan data tentang status kesihatan komunti,populasi dan penduduk negara. NHMS ini dijalankan setiap 10 tahun sekali. 

NHMS I telah dijalankan pada tahun 1986 
membekalkan supplementary data yang mungkin boleh digunakan untuk pembentukan dan evaluasi program-program kesihatan di negara.
kajian pertama ni dilakukan di kawasan semenanjung sahaja
apa yang dilihat pada NHMS I ini, walaupun ramai orang mampu pergi ke klinik swasta bagi mendapatkan perkhidmatan akan tetapi mereka memilih untuk mendapatkan perkhidmatan percma oleh kerajaan. 
Kajian yang pertama ini tidak dilaporkan secara bercetak dan hanya terdapat di IMR.

NHMS II telah dijalankan pada tahun 1996 
bekalkan komuniti based data yang boleh membantu Kementerian Kesihatan Malaysia
NHMS II ni nak lihat prevalance penyakit-penyakit kronik seperti HPT, dm. 
pada kajian tersebut,prevalance HPT adalah sebanyak 29.9 %
oleh itu KKM telah melancarkan Kempen Gaya Hidup Sihat yang meliputi pelbagai pendekatan. kajian ini telah dipanjangkan pada bahagian Sabah dan Sarawak

NHMS III dijalankan pada tahun 2006
tujuannya masih untuk bekalkan komuniti based data untuk KKM dan dibuat seluruh negara. kajian ini agak teratur berbanding dengan yang lain
pada kali ni, KKM cuba libatkan semua institusi yang mempunyai bidang kesihatan
dalam kajian kali ni, prevalence obesiti meningkat dari 8.3 % (1996) kepada 14.6 % (2006) serta mereka yang menghidapi penyakit hipertensi. 60 %  daripada populasi samada berlebihan berat badan atau obese. 


NHMS IV akan dijalankan pada tahun ni.
kenapa ye?
NHMS dulunya dibuat setiap 10 tahun sekali. 
akan tetapi Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ianya akan diubah iaitu akan dijalankan pada setiap 4 tahun sekali bagi melihat peubahan trend penyakit di negara ini. 
Beliau juga ada mengatakan bahawa kiraan 10 tahun tidak mencerminkan keadaan yang sebenar. 
sebab tu ianya dibuat tahun ni..



2 comments:

  1. post kita kali sama
    sehati sejiwa
    lepas ni bolehla kita masuk sehati berdansa! =P

    ReplyDelete