Tuesday, March 29, 2011

advance birthday party by them!!

assalamualaikum



tanks korang untuk advance birthday partie saya

awal sehari korang sambut kot

terharu sangat !!!

p/s : dan disebabkan itu, saya tak boleh tido lagi sebab makanan baru masuk perut
tak mahu tidur dalam kekeyangan
p/s : selamat pulang ke jaybee tikah..semoga tabah menghadapi dugaan disana
:)


Tuesday, March 22, 2011

it's over !!

assalamualaikum

alhamdulillah

Program Amalan Pemakanan Komuniti hari ini di IPG IK berakhir dengan jayanya

segala penat lelah berbaloi dengan usaha

jutaan terima kasih pada student TESL yang sangat bersemangat menjawab soalan kuiz kami

rasa seronok pula :)

diharapkan agar pembentangan journal saya jumaat ni berjalan dengan lancar

amin

p/s: dah habis buat program kena buat report lagi..
-> kerja-kerja lain menanti di tepi meja untuk disiapkan
semoga saya dapat study sebelum final bermula 









Monday, March 21, 2011

for my love one

assalamualaikum


this entry i dedicated to my beloved one 


today is your day and i hope you'll enjoy it

although we are far apart

body and soul

 u are always in my heart (i mean our heart)

we will always pray for your success adik

and 

WE LOVE YOU!!




HAPPY BIRTHDAY IEE

MAY ALLAH BLESS U

AND

MAY ALL YOUR DREAMS COME TRUE

LOVE,

YOUR CUTE KAKAK


p/s : i really miss you.. :)










National Health and Morbidity Survey (NHMS)

assalamualaikum

hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua apa itu NHMS @ National Health and Morbidity Survey

NHMS atau Kajian Kesihatan dan Morbidity Kebangsaan berperanan untuk membekalkan data tentang status kesihatan komunti,populasi dan penduduk negara. NHMS ini dijalankan setiap 10 tahun sekali. 

NHMS I telah dijalankan pada tahun 1986 
membekalkan supplementary data yang mungkin boleh digunakan untuk pembentukan dan evaluasi program-program kesihatan di negara.
kajian pertama ni dilakukan di kawasan semenanjung sahaja
apa yang dilihat pada NHMS I ini, walaupun ramai orang mampu pergi ke klinik swasta bagi mendapatkan perkhidmatan akan tetapi mereka memilih untuk mendapatkan perkhidmatan percma oleh kerajaan. 
Kajian yang pertama ini tidak dilaporkan secara bercetak dan hanya terdapat di IMR.

NHMS II telah dijalankan pada tahun 1996 
bekalkan komuniti based data yang boleh membantu Kementerian Kesihatan Malaysia
NHMS II ni nak lihat prevalance penyakit-penyakit kronik seperti HPT, dm. 
pada kajian tersebut,prevalance HPT adalah sebanyak 29.9 %
oleh itu KKM telah melancarkan Kempen Gaya Hidup Sihat yang meliputi pelbagai pendekatan. kajian ini telah dipanjangkan pada bahagian Sabah dan Sarawak

NHMS III dijalankan pada tahun 2006
tujuannya masih untuk bekalkan komuniti based data untuk KKM dan dibuat seluruh negara. kajian ini agak teratur berbanding dengan yang lain
pada kali ni, KKM cuba libatkan semua institusi yang mempunyai bidang kesihatan
dalam kajian kali ni, prevalence obesiti meningkat dari 8.3 % (1996) kepada 14.6 % (2006) serta mereka yang menghidapi penyakit hipertensi. 60 %  daripada populasi samada berlebihan berat badan atau obese. 


NHMS IV akan dijalankan pada tahun ni.
kenapa ye?
NHMS dulunya dibuat setiap 10 tahun sekali. 
akan tetapi Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ianya akan diubah iaitu akan dijalankan pada setiap 4 tahun sekali bagi melihat peubahan trend penyakit di negara ini. 
Beliau juga ada mengatakan bahawa kiraan 10 tahun tidak mencerminkan keadaan yang sebenar. 
sebab tu ianya dibuat tahun ni..



Sunday, March 20, 2011

hari lahir ain pula

assalamualaikum

jika semalam adalah hari lahir ayah, hari ni pula adalah hari lahir ain (kembar tak sebaya saya)

esok pula harijadi adik saya..

bulan tiga ni memang bulan lahir sedunia bagi family saya 
(19--> ayah, 21-->iee, 27-->amin, 30-->saya!!)

tadi masa mak datang jumpa saya, sempat jugak saya snapshot beberapa gambar ain.

tapi disebabkan penggunaan kamera saya adalah kamera hendpon, oleh itu tidak berapa lawa la gambar yang ditangkap..

silalah lihat si bedday gurl kita ni

bedday gurl sebuk nak tolong kemas beg susu dia

jangan amik botol susu kita tau (sambil berkerut dahi)

masih memandang ke kamera dengan botol susu di tangan 

baru nak bina rapport bersama tuan kamera..
(masih lagi memegang botol walaupun tak menyonyotnya)

dengan bangganya menunjukkan baju birthday beliau...

kerana rimas dengan mamarazi, maka dia cuba untuk merampas hendpon saya
(oh, tidak semudah itu ya ain)

muka tak puas hati sebab tak dapat nak rampas kamera
(kesian kamu..hahaha)

merajuk dengan mamarazi dan ingin kembali pada ibunya

kembali ke ibunya semula..


ini saja untuk hari ni..

p/s : to be continued


Saturday, March 19, 2011

selamat ulang tahun ayah!!!

assalamualaikum

hari ni 19/3/2011, maka genaplah umur ayah 55 tahun..

semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang unggul n may allah bless u

sorry sebab tak belikan hadiah untuk ayah

hujung-hujung sem ni da jadik pokai sikit

tapi, apa yang boleh saya bagi pada ayah sebagai birthday present adalah doa

tapi nanti birthday saya, ayah jgn la tak kasik hadiah pulak.

tade hadiah kek baskin robin pun jadi la ye..

:)



p/s : oh..mengindam baskin robin....sape2 nak belanja, sila angkat tangan anda!!!
p/s : ingatkan nk gi tgk belon udara panas kat putrajaya tapi mak tak kasik balik..huawaaaaaaa



Sunday, March 13, 2011

Lunch @ AL RAWSHA

assalamualaikum


-restoran Al Rawsha-

kali ni saya nak share dengan rakan-rakan tentang restoran arab yang baru saja kami pergi tengahari tadi iaitu restoran Al Rawsha..restoran ni menyediakan 100% makanan timur tengah dan ianya terletak di Kampung Pandan. tempat die sangat strategik dan parking lot die sangat besar.banyak kereta boleh masuk dan ia juga ada menyediakan perkhidmatan delivery serta kaunter take away untuk siapa-siapa yang malas nak masuk kat dalam.dari luar tempat tu nampak macam old castle and bile masuk kat dalam memang design die sangat cantek..


entrance..
dekat sini kalau nak tengok order dulu pun boleh..



mari kite ke bahagian menu pula.


menu yang dipilih :

1. chicken mandy (tradisional Hadramaut earth baked rice with chicken)


2.Khashkash kebab (minced meat, onion, parsley marinated in spices wrapped in bread)


Swish Tawook Sandwich





4. Strawberry Melba

-sila fokus pada ice cream tu bukan pada orangnya..tehee-

5. Teapot with milk 

secara overall, semuanya sedap. pada mereka yang suka makanan timur tengah ni, boleh la berkunjung ke restoran Al Rawsha ini. tidak rugi jika ingin mencuba..




- masa sebelum makanan sampai -



-muka gembira selepas makan -


itu sahaja post untuk kali ni. buat cik ejat dan cik tikah, lepas kamu pulang dari Jaybee kita boleh makan di sini waktu malam. mungkin cantek permandangannya waktu malam.


Friday, March 11, 2011

one task complete.::

assalamualaikum


alhamdulillah..


final presentation for biostat dah berakhir..


itu bermaksud satu task saya dah complete


oleh itu


 now saya kena beralih focus pada ap dan km presentation...


dua lagi keje menanti sebelum dapat menghela nafas dengan leganya.

aja-aja fighting!!!

Monday, March 7, 2011

.::mereka pergi jua::.

assalamualaikum

entri kali ni saya buat khas untuk cik tikah dan cik ejat yang dah sampai dengan selamatnya ke JB.

sebelum itu mari saya kenalkan siapa cik tikah dan cik bella dulu untuk sesiapa yang tak mengenali mereka


         ..yang berpashmina ungu itu cik ejat..comelkan rakan2,tapi maaflah dah berpunya..tehee.


       ..yang berbaju merah itu cik tikah..

semoga mereka berjaya menempuh onak duri dekat negeri orang (jb je pun). perginye mereka ke JB kerana mereka nak siapkan thesis selama 2 bulan..anda2 sekalian, doakan saya untuk final dan presentation biostat..gementar

        cik ejat akan ke muar

dan


 cik tikah akan ke JB..


lepas ni cik bella pula yang akan menyusul pergi ke banting..


..ni saje gamba terbaek saye boleh dapatkan cik bella..


saya rasa sedih ye sebab lepas ni dah tade teman memasak.teringat dulu time pose, kita men masak2..share duit beli barangan dapur (gaye macam duduk rumah sewa), masak hidangan yang berbeda..yang paling klakor pasal memasak ni time tu dah nak cuti raya pose.barangan dapur ada lagi yang tingal. 8 biji telur dengan satu tin sardin kecik.nak abiskan stok punya cite, jadi kami pun gi la memasak kelapan-lapan telur dan sardin tersebut.saya masak sardin sambal, tikah masak telur kicap dan bella masak kari telur. sebab telur time tu ada lapan maka kami pun nak bahagikan kepada 2 orang sorang.tup2 cik ejat kita balek umah dan part die kami yang kena makan. bayangkanlah ada yang kena makan 2 biji dan ada yang kena makan 3 biji.tak senak ke perut?.haaaa tapi seb bek la yang telur tu kami makan putih die je.kalo makan yang kuning boleh naek kolesterol kitorang.

   ..ni la masakan bujang kami..besa2 je..
          ( makanan 3 orang macam 8 orang punya kan..teheee)



           dan last sekali video ni untuk anda..rasanya lagu ni sesuai dengan entri saya..tehee

Thursday, March 3, 2011

sabar~


assalamualaikum..

entry kali ni hanya untuk aku luahkan apa di dalam hati ni

kadang-kadang aku rase nak lari jauh-jauh dari tempat ni
bukan bermaksud aku tak bersyukur dapat tempat yang sebegitu selesa begini
tetapi mungkin kerana masalah datang menjelma membuatkan aku rasa ingin lari selaju angin yang menderu di tepi pantai
tapi 
siapa aku untuk mempertikaikan masalah yang datang
mungkin allah bagi aku masalah ini supaya aku dapat menjadi seorang yang tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan
dan boleh jadi Dia ingin menguji keimanan aku terhadapNya

ya allah..sesungguhnya kau kuatkan aku untuk menghadapi semua masalah yang mendatang 
sabarlah wahai hatiku
ada hikmah disebalik semua ini




mode : sedih