Tuesday, December 21, 2010

memilih sahabat..


Pedoman: Rasulullah ajar umat pilih teman bawa
kebaikan
 
MANUSIA dijadikan Allah di bumi ini tidak
bersendirian. Ini adalah di antara hikmah Allah
tersirat di sebalik penciptaan manusia pelbagai
bangsa, warna dan bahasa.
 
Firman Allah bermaksud: "Wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan
perempuan dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan
bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah
mesra antara satu sama lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang
lebih keturunannya atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuannya
(akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah al-Hujuraat,
ayat 13).
 
Bertitik tolak dari sini, Islam sebagai agama yang
lengkap dalam semua aspek kehidupan manusia tidak
ketinggalan menyentuh persoalan teman atau sahabat
yang sewajarnya menjadi pilihan Muslim.
Rasulullah saw turut mengingatkan umatnya agar
berhati-hati dalam memilih teman berdasarkan kepada
sabdanya yang bermaksud: "Seseorang itu menurut agama
sahabatnya, maka seseorang Muslim itu hendaklah
berhati-hati dengan siapakah yang harus dia pilih
sebagai sahabat." (Riwayat Ahmad).
Ini bermakna jika temannya itu seorang yang baik dan
soleh, maka temannya itu akan membantunya dalam
menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang
Muslim.
Sehubungan itu, Islam menyediakan garis panduan untuk
memilih teman soleh dan sejati. Baginda saw mengajar
kita memilih sahabat yang mendorong ke arah kebajikan
dan amal soleh.
Teman baik, lagi soleh dan baik budi pekertinya akan
merangsang kita untuk berakhlak mulia sepertinya.
Sebaliknya, teman jahat hanya akan mendorong kita ke
arah kejahatan dan kemaksiatan yang dimurkai Allah.
Persahabatan dengan teman soleh, lagi bertakwa akan
menjulang temannya itu ke mercu kemuliaan dan
kesejahteraan. Bersahabat dengan teman jahat pula
hanya membawanya ke lubuk kehinaan dan kecelakaan yang
tiada penghujungnya.
 
Seorang ahli hikmah pernah menyatakan sesiapa yang
ingin bersahabat dengan lapan jenis manusia, maka akan
bertambah lapan pula akibatnya.
 
1. Pertama, sesiapa yang berkawan dengan dengan orang
kaya, maka akan bertambahlah cintanya kepada dunia.
 
2. Kedua, sesiapa yang bersahabat dengan orang fakir
miskin, maka akan bertambahlah rasa syukur dan reda
dengan rezeki yang diperolehnya.
 
3. Ketiga, sesiapa yang bertemankan pemimpin, maka akan
bertambahlah sombongnya.
 
4. Keempat, sesiapa yang bersahabat dengan wanita, maka
akan bertambahlah kebodohan dan nafsu syahwatnya.
 
 5. Kelima, sesiapa yang bergaul dengan anak atau
kanak-kanak, maka akan bertambahlah sifat suka
bermainnya dan membuang masa.
 
6. Keenam, sesiapa yang bersahabat pula dengan orang
fasik, maka akan bertambahlah keberaniannya untuk
berbuat dosa dan menangguhkan taubat kepada Allah.
 
7. Ketujuh, sesiapa yang suka bergaul dengan orang
soleh, maka akan bertambahlah keinginannya untuk taat
kepada Allah.
 
8. Akhirnya, sesiapa yang suka berkawan dengan ulama,
maka akan bertambahlah ilmu dan sifat waraknya.

No comments:

Post a Comment