Tuesday, December 21, 2010

rahsia potong kuku


Rahsia potong kuku..


RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk

kepadanya penyakit 


* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan 

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit 

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala



Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati.Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Lagi satu, mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan last sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, start dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya. Wallahu'alam.

Begitu indahnya Islam, sampai kerat kuku pun diajarnya. Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu.

memilih sahabat..


Pedoman: Rasulullah ajar umat pilih teman bawa
kebaikan
 
MANUSIA dijadikan Allah di bumi ini tidak
bersendirian. Ini adalah di antara hikmah Allah
tersirat di sebalik penciptaan manusia pelbagai
bangsa, warna dan bahasa.
 
Firman Allah bermaksud: "Wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan
perempuan dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan
bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah
mesra antara satu sama lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang
lebih keturunannya atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuannya
(akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah al-Hujuraat,
ayat 13).
 
Bertitik tolak dari sini, Islam sebagai agama yang
lengkap dalam semua aspek kehidupan manusia tidak
ketinggalan menyentuh persoalan teman atau sahabat
yang sewajarnya menjadi pilihan Muslim.
Rasulullah saw turut mengingatkan umatnya agar
berhati-hati dalam memilih teman berdasarkan kepada
sabdanya yang bermaksud: "Seseorang itu menurut agama
sahabatnya, maka seseorang Muslim itu hendaklah
berhati-hati dengan siapakah yang harus dia pilih
sebagai sahabat." (Riwayat Ahmad).
Ini bermakna jika temannya itu seorang yang baik dan
soleh, maka temannya itu akan membantunya dalam
menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang
Muslim.
Sehubungan itu, Islam menyediakan garis panduan untuk
memilih teman soleh dan sejati. Baginda saw mengajar
kita memilih sahabat yang mendorong ke arah kebajikan
dan amal soleh.
Teman baik, lagi soleh dan baik budi pekertinya akan
merangsang kita untuk berakhlak mulia sepertinya.
Sebaliknya, teman jahat hanya akan mendorong kita ke
arah kejahatan dan kemaksiatan yang dimurkai Allah.
Persahabatan dengan teman soleh, lagi bertakwa akan
menjulang temannya itu ke mercu kemuliaan dan
kesejahteraan. Bersahabat dengan teman jahat pula
hanya membawanya ke lubuk kehinaan dan kecelakaan yang
tiada penghujungnya.
 
Seorang ahli hikmah pernah menyatakan sesiapa yang
ingin bersahabat dengan lapan jenis manusia, maka akan
bertambah lapan pula akibatnya.
 
1. Pertama, sesiapa yang berkawan dengan dengan orang
kaya, maka akan bertambahlah cintanya kepada dunia.
 
2. Kedua, sesiapa yang bersahabat dengan orang fakir
miskin, maka akan bertambahlah rasa syukur dan reda
dengan rezeki yang diperolehnya.
 
3. Ketiga, sesiapa yang bertemankan pemimpin, maka akan
bertambahlah sombongnya.
 
4. Keempat, sesiapa yang bersahabat dengan wanita, maka
akan bertambahlah kebodohan dan nafsu syahwatnya.
 
 5. Kelima, sesiapa yang bergaul dengan anak atau
kanak-kanak, maka akan bertambahlah sifat suka
bermainnya dan membuang masa.
 
6. Keenam, sesiapa yang bersahabat pula dengan orang
fasik, maka akan bertambahlah keberaniannya untuk
berbuat dosa dan menangguhkan taubat kepada Allah.
 
7. Ketujuh, sesiapa yang suka bergaul dengan orang
soleh, maka akan bertambahlah keinginannya untuk taat
kepada Allah.
 
8. Akhirnya, sesiapa yang suka berkawan dengan ulama,
maka akan bertambahlah ilmu dan sifat waraknya.

Monday, December 20, 2010

..hargai apa yang ada..

RENUNGKAN.... HAYATI DAN FAHAMILAH........

Jika kamu memancing ikan...
setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
janganlah sesekali kamu lepaskan
ia semula ke dalam ari begitu sahaja....
kerana ia akan sakit,
oleh kerana bisa ketajaman mata kailmu,
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi
banyak pengharapan kepada seseorang....
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja...
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
cukuplah sekadar keperluanmu...
apabila sekali ia retak,
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu cuba membaikinya,
mungkin ia masih boleh digunakan lagi...

     Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
janganlah kamu terlalu menyanjunginya
dan janganlah kamu menganggapnya terlalu istimewa...
anggaplah dia manusia biasa...
apabila sesekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah untuk kamu menerimanya
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya...
sedangkan jika kamu memaafkannya,
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
mengenyangkanmu...berkhasiat buatmu...
mengapa kamu berlengah, cuba cari makanan lain...
terlalu ingin mengejar kelazatan...
kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi,
kamu akan menyesal....

Begitu juga jika kamu telah bertemu
dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan
kepada dirimu....menyayangi...mengasihimu...
mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkan dengan orang lain...
terlalu mengejar kesempurnaan...
kelak kamu akan kehilangannya...
apabila ia menjadi hak milik orang lain,
kamu juga yang akan menyesal....

“Hargailah sesuatu itu sementara ia ada di depan mata...
kerana bila tiba saat kehilangannya, pasti terkenang jadinya