Sunday, November 20, 2011

happy G-Day alang!!!

assalamualaikum

entri kali ini aku dedikasikan khas buat alang aku yang tersayang.



tahniah sebab berjaya membawa balik segulung diploma untuk mak ayah.

congrats!!

for sure mereka akan rasa berbangga sebab tinggal dua saja lagi anak mereka yang masih dan akan tamat pengajian tak lama lagi.so,lepas ni apa lagi..pergilah cari kerja,kumpul duit banyak-banyak and belanja kami semua naik kapal terbang untuk tengok iee grad pulak..ada bran?haha.and kalau tak dapat keje lagi, g sambung degree pulak.. btw, so sorry sebab tak dapat nak attend your special day.mula-mula memang ingat nak balik minggu ni.tup-tup dah nak sampai masa nak balik, kerja datang melimpah ruah macam pili bomba yang pecah (hiperbola sangat).


once again, i wish u congratulation...

alang si gigi arnab..hehe


Friday, November 4, 2011

sahabat dunia akhirat

assalamualaikum


hai semua..dah berkurun lamanya tak update blog kesayangan aku ini..akibat 'dikecam' hebat oleh rakan-rakan (cik rama-rama dan cik lina), akhirnya aku gagahi jua tanganku ini untuk menulis.bukan malas tapi masa tidak menginzinkan aku untuk mengupdate blog. poyo pulak rasanya.maaf andai penulisan blog aku kali ini ntah pape sebab aku dah lama tidak menguji kepantasan jari menaip  di blog..


baiklah rakan-rakan ku sekalian, entri kali ini adalah mengenai sahabat..kenapa sahabat menjadi topik yang ingin aku kongsikan di sini. ini kerana sejak kebelakangan ini, ikatan persahabatan antara aku dan sahabat-sahabatku yang lain semakin akrab.terasa kemanisan persahabatan ketika  bergurau senda, memasak serta makan bersama.adakah sebab ini merupakan tahun akhir pengajianku ataupun adakah kerana aku baru mengenali mereka dengan lebih dalam.

kita semua sedia maklum bahawa sahabat juga boleh mencorakkan kehidupan kita secara tidak langsung.sahabat yang baik akan membawa kita ke jalan yang lurus di mana semestinya mereka mempunyai sifat-sifat yang baik yang ingin dicontohi manakala sahabat yang tidak baik pula akan membawa kita ke lembah kehancuran dan kesesatan. akan tetapi harus diingat di sini bahawa sahabat bukan sahaja diperlukan di saat kita bergembira serta seronok tetapi amat diperlukan ketika kita di saat kekecewaan dan kesedihan.lebih-lebih lagi untuk mereka yang jauh dari ibu bapa untuk menuntut ilmu, sahabat merupakan orang yang paling dekat dengan kalian semua dan diperlukan sentiasa. di sini, aku sisipkan beberapa contoh yang aku dapat daripada majalah solusi mengenai sifat sahabat yang mulia dan yang perlu dijauhi.

sifat sahabat yang mulia
1. memiliki akhlak dan budi pekerti yang baik


akhlak dan keperibadian yang baik mencerminkan perwatakan seseorang yang  menarik.andai kita ditemukan dengan sahabat seperti ini mereka akan mudah untuk mengajak sahabat yang lain untuk melakukan kebaikan untuk diri dan masyarakat.dia juga seorang yang lembut dalam bicara dan penuh kesopanan.dia juga seorang yang berbudi pekerti, mempunyai yang baik serta mematuhi perintah allah. sifat-sifat yang terpuji seperti ini akan menyebabkan kita ingin mencontohi dan mengikuti  sifat-sifat tersebut.

2. menutup keburukan dan kekurangan sahabat

sahabat seperti ini tidak akan menceritakan keburukan sahabatnya yang lain ketika ketiadaannya.mereka juga sedaya upaya akan menjaga keaiban sahabat yang lain apabila terdapat orang lain yang ingin mengetahui kekurangannya walaupun dia mengetahui kelemahan ataupun keaiban sahabatnya. Daripada Ibn Abbas, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : ''sesiapa yang menutup keburukan saudaranya, maka Allah akan menutup keburukkannya di akhirat.''(Riwayat Ibn Majah)

3. memperbesarkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya


sering bertanya tentang kesusahan yang kita hadapi kerana ingin berkongsi kesusahan, kesenangan serta keseronokan bersama.mereka ini juga penghibur tatkala kita sedih dan pelindung di waktu kesusahan.mereka juga tidak berkira-kira untuk mengorbankan masa, harta dan tenaga untuk memenuhi hajat sahabat.

4. menyebut kebaikan


jika dia mendapat satu kebaikan daripada kita, dia akan menghargai dan menyebut-nyebutnya. mereka juga tidak akan berkecil hati dengan kita seandainya kita tidak mampu menolongnya. 


5. mudah mengalah


apabila tercetus sedikit perbalahan di antara dia dan sahabat yang lain, dia akan mudah untuk memaafkan sahabatnya itu.mereka ini mudah untuk mengorbankan perasaan mereka semata-mata ingin menjaga hati sahabatnya.


6. mendorong kita mencapai kejayaan


kejayaan yang dimaksudkan di sini bukan tertumpu pada duniawi semata-mata, tetapi tertumpu pada akhirat juga. seorang sahabat yang baik akan sentiasa menasihati sahabat mereka berkenaan hal dunia dan akhirat..


sahabat yang perlu dijauhi


1. penjual ikan a.k.a selfish


penjual ikan di sini bukan bermaksud mereka yang jual ikan di pasar tetapi mereka yang mementingkan diri sendiri. sahabat seperti ini is not good to your body, mind and soul..mereka ini akan mencari kalian tatkala mereka keseorangan dan mempunyai kepentingan mereka yang tersendiri. keutamaan mereka ialah hawa nafsu diri sendiri kerana tamak pada kemewahan danb harta dunia.


2. kaki kipas


setiap perkara yang kita buat akan disetujui walaupun perkara tersebut adalah tidak betul..dia ni kalau depan kita, pijak semut pun tak mati tapi kalau dekat belakang kita dia la raja segalanya. dia mungkin berpotensi untnk merendahkan kita dan mengkhianati kita apabila ketiadaan kita.ish2..apa punya kawan da..bertalam dua muka.


3. pemboros dan suka hiburan..


beware of this kind of friend.ini kerana sahabat seperti ini akan menjelma di hadapan kamu di saat mereka inginkan keseronokkan.tambahan pula,kalau kalian ini memang yang jenis suka berlibur,berkeliaran serta melepak dan suka tempat hiburan dan meminati hiburan yang melalaikan, haa lagilah mereka suka dekati kalian.


4. membuatkan kita semakin jauh daripada Allah


mereka ini seorang yang sesat dan menyesatkan orang lain serta mendekati kemungkaran.hidup mereka penuh onak dan ranjau yang membawa kepada kekufuran.


5. suka berbantah-bantah


jenis yang suka bertikam lidah dan merasakan satu kemenangan dalam berhujah.mereka ini juga tidak mahu mengalah untuk menerima pandangan orang lain.senang cerita, dia ini fikir apa yang doia cakap semua betul dan orang lain salah.


Rasulullah bersabda, maksudnya: ''Bersahabatlah dengan orang yang soleh dan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembuskan bara). pengedar minyak wangi samada ia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau-bauan daripadanya, ataupun sekurang-kurangnya anda mendapat bau daripadanya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar ataupun anda mendapat bau yang kurang enak.'' (Riwayat Abu Dawud)